Catatan Bertulis of Kuala Terengganu
Kuala Terengganu dipercayai telah dihuni semenjak beribu ribu tahun lagi. Catatan cendekiawan China seperti ’Ling-wai-Tai-ta’ karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ’Teng-ya-nu’ dan buku ’Cu-fan-Cih’ karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung’. Kedua dua nama tersebut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya (San-fo-Cih) pada kurun ke-2.
Selain itu, ahli atronomi terkenal Greek, Ptolemy ada mencatatkan kewujudan dua buah pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Pelabuhan itu ialah Primoula dan Kole. Primoula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman. Catatan lain menunjukkan wujudnya kota Foloan, di Kuala Berang, di hulu Sungai Terengganu. yang dipercayai menjadi kota satelit pada Kuala Terengganu.
Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’ Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China. Paul Wheatley membuat kesimpulan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berpusat di Kuala Besut atau Kuala Terengganu.
Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perdagangan maritim utama pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdagangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak.
Pengembara China, ‘ Chao Ju Kua ’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.
Bukti lain kewujudan sebuah kerajaan purba di Terengganu, ialah seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84 cm tinggi, 53 cm lebar bahagian atas dan 27 cm lebar di bahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg yang dikenali sebagai Batu Bersurat. Batu tersebut bertulisan Jawi dan menggunakan Bahasa Melayu Kuno. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad keempat belas lagi.
Sejarah Terengganu moden bermula apabila Tun Zainal Abidin dari keturunan diRaja Johor ditabalkan memerintah Terengganu pada 1708. Baginda memakai gelaran Sultan Zainal Abidin
9:40 AM | Labels: 07 - Catatan Bertulis of Kuala Terengganu |
This entry was posted on 9:40 AM and is filed under 07 - Catatan Bertulis of Kuala Terengganu . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments:
Post a Comment