Tourism of Kuala Terengganu

Places of interest include Chinatown, Pasar Payang (Central Market), the Sultan's Palace, the State Museum, Pulau Duyong and the latest attraction is Masjid Kristal in Pulau Wan Man. Kuala Terengganu also famous for its keropok lekor Losong and traditional dishes nasi dagang.

Antara tempat menarik termasuk Kampung Cina, Pasar Payang, Istana, Muzium Negeri, Pulau Duyong.

Kuala Terengganu terkenal dengan kraf tangannya, terutama songket dan ukiran tembaga. Produk kraftangan Terengganu menjadi koleksi ekslusif di seluruh dunia kerana mutunya.

Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian ulit mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.

Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.

Pantai dan Pulau-pulau yang berada didalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.

Kuala Terengganu kini semakin mendapat tempat di mata dunia di mana pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa diadakan di bandar Kuala Terengganu. Antaranya ialah Piala Monsun Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride dan FEI World Endurance Championship 2008.

0 comments: